Pahang catat kes kematian tertinggi, 12 kes hari ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Pahang mencatatkan kematian harian tertinggi pada Sabtu sejak penularan Covid-19 di negeri ini dengan 12 kes berbanding hanya enam kes pada Khamis lalu.

Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Datuk Dr Bahari Tok Muda Che Haji Awang Ngah berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negeri ini meningkat sebanyak 201 kes.

Beliau berkata, kes kematian itu membabitkan seorang lelaki berusia 59 tahun dari Temerloh yang merupakan kes ke-190.

"Kes ke-191 adalah seorang lelaki berumur 67 tahun dari Kampung Kurnia dan dua wanita berumur 26 tahun masing-masing dari Taman Krau, Temerloh serta Kampung Belukar Batu 3 di sini yang merupakan kes ke-192 dan ke- 193. Kes ke-194 pula, seorang perempuan berumur 25 tahun dari Perkampungan Pak Ngah Aziz, Bukit Goh.

"Bagi kematian ke-195 adalah seorang lelaki berumur 72 tahun dari Taman Koperasi, Jerantut dan elaki berusia 69 tahun dari Jalan Tanah Putih (kes ke -196), manakala seorang perempuan berumur 62 tahun dari Peramu Maju (kes ke-197).

"Seterusnya, kes ke-198 melibatkan seorang lelaki berumur 87 tahun dari Kampung Pandan. Bagi kes ke-199 pula membabitkan lelaki berusia 58 tahun dari Kampung Pelawan, Bera.

"Kes ke-200 merupakan seorang lelaki berumur 65 tahun dari Bukit Segumpal, Maran yang mempunyai kaitan dengan Kluster Rantau Kenanga. Kes ke-201 adalah seorang lelaki berumur 61 tahun dari Felda Kemasul, Bentong," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, Pahang merekodkan 317 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif sebanyak 18,104 kes.

Jelasnya, berdasarkan jumlah kes baharu yang didaftarkan, sebanyak 311 kes merupakan warganegara Malaysia manakala enam kes merupakan warganegara asing.

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak 309 kes dikategorikan sebagai jangkitan tempatan, lapan kes import (1 dari Selangor, 2 dari Kuala Lumpur, 5 dari Terengganu).

"Terdapat 81 kes diperoleh daripada saringan kluster, 200 saringan kontak rapat, 25 saringan bergejala, lima saringan bersasar, satu saringan kematian, satu (1)

saringan Orang Kena Tahan, dua saringan pra pekerjaan dan satu saringan warga emas," katanya.

Sementara itu, Dr Bahari memaklumkan terdapat 29 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Sebanyak 17 kes di ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) dan 12 kes di ICU Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HoSHAS) dengan 22 kes memerlukan bantuan mesin pernafasan," katanya.