Flag-Off Kontinjen Negara

A
A
A

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengibarkan Jalur Gemilang pada Flag-Off Kontinjen Negara ke Temasya Sukan Olimpik 2020 Tokyo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini.

Turut kelihatan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (tiga, kanan) bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (dua, kanan), Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo Datuk Lee Chong Wei (enam, kanan) dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (lima, kanan).

Antara Kontinjen Negara yang berlepas malam ini adalah dari acara sukan badminton, gimnastik, akuatik dan memanah.

Acara sukan akan bermula dari 23 Julai ini dan akan melabuhkan tirainya pada 8 Ogos.

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Perhiasan Aidilfitri

No Image Caption
GALERI

Perniagaan Buah Kabung

No Image Caption
GALERI

Hiasan dekorasi suasana perayaan

No Image Caption
GALERI

Permainan Wau LED