X

Kindly register in order to view this article
!

Dari London ke San Siro

Giroud. Foto: Olivier Giroud La Page Officielle
A
A

NAIB juara liga Itali, Associazione Calcio (AC) Milan merekrut penyerang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, Olivier Giroud bagi mengharungi saingan Serie A dan Liga Juara-Juara musim depan.

"AC Milan dengan bangga mengumumkan menandatangani Olivier Giroud dari Chelsea. Penyerang Perancis yang juga Giroud akan memakai jersi bernombor sembilan," kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Pemain berusia 34 tahun tersebut yang bersama Les Bleus menjulang kejuaraan Piala Dunia Rusia 2018 menjalani ujian perubatan semalam sebelum menandatangani kontrak bersama I Rossoneri.

Sementara itu, Giroud berterima kasih kepada pengurusan, pemain dan penyokong Chelsea yang telah banyak menyokongnya sepanjang berkhidmat di

Stamford Bridge bersama kelab London tersebut.

"Terima kasih kepada penyokong, rakan sepasukan, jurulatih dan seluruh kelab bola sepak Chelsea atas segala detik istimewa. Detik semasa Piala FA, Liga Europa dan Liga Juara-Juara sesuatu yang sangat luar biasa," kata Giroud.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!