X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Perlis tidak pandang ringan walaupun kes rendah

Gambar hiasan. - Foto Bernama
A
A

KANGAR - Perlis tidak memandang ringan penularan Covid-19 meskipun kes positif harian negeri itu adalah rendah, kata Pakar Perunding Penyakit Berjangkit Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, Dr Suhaila Ab Wahab.

Beliau berkata, Perlis masih berada dalam tahap berkawal bagi memastikan jangkitan virus berkenaan tidak merebak dan pihaknya dan petugas lain sentiasa bersedia dan berjuang untuk mengawal Covid-19 sekiranya penularan berlaku di negeri ini.

“Di samping (membuka) Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), kita turut mengubah wad bukan Covid-19 bagi menempatkan pesakit yang telah disahkan positif di tahap satu hingga tiga,” katanya dalam temu bual bertajuk ‘Rahsia Perlis Menghadapi dan Menangani Wabak Covid-19’ secara dalam talian menerusi laman Facebook anjuran Medical Mythbusters Malaysia pada Sabtu.

Katanya, berdasarkan pemantauan yang dilakukan, berlaku peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan individu yang berisiko tinggi terutama pada musim-musim perayaan.

“Individu yang dijangkiti seperti ibu, ayah yang sudah berumur selain mempunyai penyakit dan masalah kesihatan lain seperti darah tinggi dan obes. Mereka (pesakit) mengalami tahap jangkitan Covid-19 yang serius,” katanya.

Berdasarkan makluman dari laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Perlis hari ini merekodkan satu kes positif dan kes kumulatif negeri itu kini sebanyak 622. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!