KPN berseloroh mahu jual durian lepas bersara

Mohamad Fuzi (tengah) ketika majlis Peringatan Ulang Tahun Pasukan Simpanan Persekutuan Ke-63 dan Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di di Markas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Cheras.
Mohamad Fuzi (tengah) ketika majlis Peringatan Ulang Tahun Pasukan Simpanan Persekutuan Ke-63 dan Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di di Markas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Cheras.
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Jangan risau apa saya nak buat nanti..mungkin jadi penjual durian tepi jalan, tanam durian..dan kamu mungkin boleh ambil gambar, beli durian kalau saya jual."

Itu kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang berseloroh ketika ditanya berhubung beliau yang dijangka akan tamat perkhidmatan pada Mei depan.

Dalam nada ketawa, beliau berkata, banyak perkara boleh dilakukannya selepas tamat tempoh perkhidmatan nanti.

Tambahnya, dalam persaraan ini, bukan beliau sahaja akan menghadapinya.

"Bukan saya sahaja, kita semua akan bersara bila masanya tiba. Kita kena sedar bila masanya untuk kita pergi.

"Bukan saya sahaja akan berpencen, tapi timbalan saya (Tan Sri Noor Rashid Ibrahim), Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (Datuk Seri Mohmad Salleh) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah ( Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Peringatan Ulang Tahun Pasukan Simpanan Persekutuan Ke-63 dan Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di di Markas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Fuzi tetap bergembira setelah tanggungjawab yang dipikulnya selama ini dijalankan dengan baik.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak susah hati..gembira saja. Harap kita telah menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan baik," katanya.

Terdahulu, spekulasi bertiup kencang berhubung desas-desus siapa yang akan menggantikan Mohamad Fuzi yang akan menamatkan perkhidmatannya pada Mei ini.