Jangan jadi korban Covid-19 kerana sambut Aidiladha

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai khususnya semasa sambutan Hari Raya Aidiladha supaya bertanggungjawab dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) agar tidak ‘terkorban’ kerana Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia susulan pihaknya merekodkan 21 kluster yang melibatkan aktiviti rentas negeri bagi tujuan sambutan perayaan, mengunjungi ahli keluarga, menghadiri majlis pengebumian serta atas urusan kerja.

"Dalam tempoh 1 Jun sehingga 16 Julai 2021 sahaja, sebanyak 1,010 kes positif Covid-19 telah dilaporkan dalam 21 kluster ini, iaitu daripada 5,681 individu yang disaring kadar positiviti ialah 17.8 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenderaan dari utara masuk Kelantan meningkat lima peratus

"Negeri-negeri yang melaporkan jumlah kluster rentas negeri tertinggi sejak 1 Jun adalah Perak dengan lapan kluster (38.1 peratus), Terengganu dengan lima kluster (23.8 peratus) serta Kelantan dengan tiga kluster (14.3 peratus)," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit diabetes atau kanser merupakan kumpulan yang sangat mudah terkesan dengan jangkitan Covid-19.

"Kita harus sedar bahawa sistem pertahanan tubuh mereka adalah lebih rendah dan membuatkan mereka mudah dijangkiti Covid-19.

"Tahap kesihatan mereka juga mudah merosot apabila dijangkiti Covid-19, sehingga ada yang boleh membawa kepada kematian," katanya.

Artikel Berkaitan: