Bomba bantu kebumi jenazah pesakit Covid-19 200kg

Pasukan bomba dan anggota PKD membantu pengebumian jenazah Covid-19 di Kuala Pilah pada Sabtu. -Foto Jabatan Bomba Negeri Sembilan
Pasukan bomba dan anggota PKD membantu pengebumian jenazah Covid-19 di Kuala Pilah pada Sabtu. -Foto Jabatan Bomba Negeri Sembilan
A
A
A

KUALA PILAH - [DIKEMAS KINI] Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, melalui Pusat Gerakan Operasi Negeri memberi bantuan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 yang mempunyai berat badan mencecah 200 kilogram.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam JBPM Negeri Sembilan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Ahmad Khomeini Kamarudzaman, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, seorang pegawai dan tujuh anggota hadir ke Tanah Perkuburan Dioh Besar bagi acara pengebumian jenazah Covid-19, seorang wanita berumur 41 tahun.

"Panggilan kecemasan diterima pada jam 1.30 petang dan kami ke lokasi pada 10 minit kemudian.

"Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Abd Halim Abd Malik, bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Pilah bagi membantu proses pengebumian sehingga selesai," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Tambahnya, kerja-kerja pengebumian mengambil masa dua jam untuk disempurnakan.

Artikel Berkaitan: