RM1.2 juta diluluskan baiki kerosakan lif Flat Seri Perantau

Ismail Sabri (dua dari kanan) melambai kepada penduduk ketika melawat Flat Seri Perantau, Pelabuhan Klang pada Sabtu.
Ismail Sabri (dua dari kanan) melambai kepada penduduk ketika melawat Flat Seri Perantau, Pelabuhan Klang pada Sabtu.
A
A
A

KLANG - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluluskan peruntukan sebanyak RM1.2 juta bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih kerosakan lif di Flat Seri Perantau, Pelabuhan Klang di sini.

Menerusi kunjungan beliau ke flat berkenaan pada Sabtu, Ismail Sabri berkesempatan meluangkan masa bagi mendengar rintihan penduduk setempat yang seringkali berdepan isu kerosakan lif tersebut.

Berikutan itu, peruntukan berkenaan diluluskan segera demi keselesaan kira-kira 7,000 penghuni di flat berkenaan.

Hadir sama dalam sesi lawatan tersebut adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Said dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Menerusi lawatan sama, Ismail Sabri turut berkesempatan menyampaikan bantuan makanan dan barangan keperluan di bawah program Op Bantu.

Op Bantu dilancarkan pada 6 Julai lalu diketuai 157 ketua polis daerah seluruh negara membabitkan Skuad Aman Wanita (Amanita) di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Artikel Berkaitan: