Projek bina Hospital Padang Besar diteruskan dengan penglibatan swasta

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin merangkap Ahli Parlimen Padang Besar memasukkan barangan makanan ke dalam kenderaan pada majlis penyampaian sumbangan Bakul Makanan secara pandu lalu di Tapak Nat Bukit Keteri, hari ini.- Foto Bernama
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin merangkap Ahli Parlimen Padang Besar memasukkan barangan makanan ke dalam kenderaan pada majlis penyampaian sumbangan Bakul Makanan secara pandu lalu di Tapak Nat Bukit Keteri, hari ini.- Foto Bernama
A
A
A

PADANG BESAR - Projek pembinaan Hospital Padang Besar akan diteruskan apabila beberapa pihak termasuk Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) menunjukkan minat untuk terlibat sama bagi menjayakan projek tersebut.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, projek tersebut pernah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini, namun tiada peruntukan kewangan telah menyebabkan projek tersebut tidak dapat diteruskan.

“Projek yang dianggarkan melibatkan kos RM400 juta itu akan dilengkapi sepenuhnya dengan ‘Digital Health Care System’ yang dikendalikan oleh Telekom Malaysia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) iaitu Hospital Digital yang lengkap, pertama di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis penyampaian sumbangan bakul makanan secara pandu lalu bagi penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuping di Bukit Keteri pada Sabtu.

Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, projek tersebut dalam peringkat perbincangan dan usaha mencari tapak projek baharu yang sesuai bagi pembinaan sebuah hospital yang turut dilengkapi dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran perubatan.

Beliau berkata, hospital berkenaan yang mampu memuatkan 200 katil itu juga akan digunakan sebagai hospital pembelajaran oleh beberapa universiti tempatan untuk pelajar fakulti perubatan.

“Hospital ini dijangka akan membantu memantapkan perkhidmatan kesihatan sedia ada di Perlis selain menjana ekonomi penduduk sekitar Padang Besar,” katanya.

Untuk rekod, hospital tersebut dirancang dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) yang sepatutnya bermula pada 2018, namun ia terpaksa ditunda berikutan masalah kewangan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Zahidi berkata, pusat Parlimennya telah mula mengagihkan bantuan makanan sejak enam bulan lepas bagi membantu rakyat yang terjejas akibat Covid-19 dan pada Sabtu, 500 pek makanan bernilai RM100 setiap satu diagihkan.

“Menerusi peruntukan yang diberikan, membuktikan bahawa kerajaan hari ini peka dengan keperluan semasa rakyat dan ia akan diteruskan,” katanya. - Bernama