Sindiket penipuan sasar warga China untung RM300,000 sebulan

Wang tunai berjumlah RM126,000, telefon bimbit dan peralatan elektronik dirampas dan 18 suspek warganegara China ditahan dalam serbuan di sekitar Kuala Lumpur dalam Ops Pelican pada Jumaat.
Wang tunai berjumlah RM126,000, telefon bimbit dan peralatan elektronik dirampas dan 18 suspek warganegara China ditahan dalam serbuan di sekitar Kuala Lumpur dalam Ops Pelican pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan beberapa lokasi sindiket penipuan dalam talian yang diserbu sekitar Kuala Lumpur dalam Ops Pelican pada Jumaat mengaut keuntungan mencecah RM300,000 sebulan.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, dalam operasi itu turut dirampas wang tunai berjumlah RM126,000, telefon bimbit dan peralatan elektronik selain menahan 18 suspek warganegara China.

“Aktiviti penipuan ini dipercayai beroperasi sejak dua bulan yang lalu dengan menyasarkan mangsa dalam kalangan warganegara China,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Polis menyerbu lima unit kondominium di Kuala Lumpur yang dijadikan pusat panggilan sindiket penipuan dalam talian pada Jumaat.
Polis menyerbu lima unit kondominium di Kuala Lumpur yang dijadikan pusat panggilan sindiket penipuan dalam talian pada Jumaat.

Dalam pada itu, menurut Azri, pihaknya akan turut menjalankan siasatan bagi mengesan sekiranya terdapat penglibatan anggota dan pegawai polis dalam aktiviti penipuan tersebut manakala siasatan dari sudut jenayah serta Akta Imigresen akan dibuat oleh polis Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN:Aktiviti sindiket Love Scam di kondo mewah terbongkar

Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis menyerbu lima unit kondominium sekitar jam 5.30 petang Jumaat yang dipercayai beroperasi sebagai pusat panggilan atau ‘call centre’ sindiket penipuan dalam talian Love Scam.

Sindiket berkenaan menggunakan platform Soul untuk menjalankan kegiatan penipuan yang menyasarkan warganegara China.

Artikel Berkaitan: