Kru warga asing nekad terjun laut elak ditahan

Dua bot nelayan tempatan kelas A dikesan melakukan aktiviti perikanan menggunakan pukat tunda pada kedudukan 0.3 hingga 0.5 batu nautika tenggara muara Sungai Bernam pada Sabtu.
Dua bot nelayan tempatan kelas A dikesan melakukan aktiviti perikanan menggunakan pukat tunda pada kedudukan 0.3 hingga 0.5 batu nautika tenggara muara Sungai Bernam pada Sabtu.
A
A
A

LUMUT - Sekumpulan kru dipercayai warga asing nekad terjun ke laut bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam satu pemeriksaan di muara Sungai Bernam, di sini pada Sabtu.

Kejadian sekitar jam 9 pagi itu disedari ketika aset Maritim Malaysia melaksanakan rondaan bersepadu Op Tanjung dan Op Pintas di perairan berkenaan.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, dalam rondaan itu, pihaknya telah mengesan dua bot nelayan tempatan kelas A melakukan aktiviti perikanan menggunakan pukat tunda pada kedudukan 0.3 hingga 0.5 batu nautika tenggara muara Sungai Bernam.

"Menyedari kehadiran penguat kuasa, semua kru dipercayai warga asing bertindak nekad terjun ke laut dan berenang melarikan diri menyelusup ke dalam paya bakau berdekatan sekitar muara Sungai Bernam.

"Pemeriksaan mendapati kedua-dua bot berkenaan disyaki tidak mempunyai lesen penangkapan ikan dan menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, siasatan lanjut kemudiannya mendapati, peralatan menangkap ikan yang digunakan di kedua-dua bot juga telah diubah suai kepada bot pukat tunda.

"Kedua-dua bot dirampas dan dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Kampung Bharu Setiawan bagi siasatan mengikut Akta Perikanan 1985 serta tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan: