12,528 kes Covid-19 direkodkan hari ini

Noor Hisham
Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 12,528 kes harian positif Covid-19 direkodkan dengan 138 kematian setakat tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan peningkatan kes itu, jumlah keseluruhan kes Covid-19 sejak Januari tahun lalu hingga kini sudah mencecah 905,851 kes.

Beliau berkata, Selangor hari ini mencatatkan 4,985 kes kes baharu, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,740 kes dan Negeri Sembilan 1,280 kes.

Kedah juga mencatatkan jumlah kes tinggi iaitu 701 kes selain Sabah (647), Johor (625) serta Melaka (569).

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysia catat kematian tertinggi 138 kes hari ini

Daripada jumlah 12,528 kes baharu hari ini, 98.2 peratus adalah kategori 1 dan 2 iaitu masing-masing bagi kategori tiada gejala dan gejala ringan.

Kategori membabitkan 6,840 kes atau 54.6 peratus, manakala kategori 2 merekodkan 5,468 kes atau 43.6 peratus.

Sebanyak 112 kes atau 0.9 peratus adalah kategori 3 yang bergejala dengan radang paru-paru dan kategori 4 yang memerlukan perlu bantuan oksigen merangkumi 44 kes atau 0.4 peratus, manakala kategori 5 iaitu kritikal dan memerlukan ventilator sebanyak 64 kes atau 0.5 peratus.

Sementara itu, 12,509 daripada jumlah kes hari ini adalah penularan tempatan dengan bakinya adalah kes import.

Artikel Berkaitan: