Kes Covid-19 pertama di perkampungan sukan Olimpik

Saingan Tokyo 2020 akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.
Saingan Tokyo 2020 akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.
A
A
A

SEORANG individu di perkampungan sukan Olimpik Tokyo 2020 didapati positif Covid-19 sekaligus mengundang kebimbangan penularan wabak berkenaan menjelang majlis pembukaan temasya sukan terbesar dunia minggu depan.

Jurucakap jawatankuasa penganjur Olimpik Tokyo, Masa Takaya mengesahkan seorang pelawat dari luar negara yang terlibat dalam penganjuran temasya itu positif Covid-19.

Bagaimanapun Muto, enggan mendedahkan status kewarganegaraan individu terbabit dengan alasan bimbang status privasi berkenaan.

“Terdapat seorang di perkampungan sukan di dapati positif Covid-19, ia merupakan kes pertama dalam perkampungan yang dilaporkan sepanjang proses saringan. Biarpun begitu individu tersebut sudah pun diasingkan di hotel,” katanya.

Tokyo 2020 sebelum ini ditangguhkan berikutan pandemik global tersebut, diteruskan penganjuran tahun ini dengan prosedur operasi standard (SOP) dan tanpa kehadiran penonton.

Namun begitu penganjuran temasya sukan terbesar dunia tersebut mendapat bantahan dalam kalangan rakyat Jepun yang bimbang dengan gelombang baharu jangkitan.

Sementara itu, Ketua Penganjur Tokyo 2020, Seiko Hashimoto memberi jaminan bahawa penganjur berada dalam dalam keadaan bersedia untuk bertindak sekiranya jumlah kes jangkitan terus mencatatkan peningkatan.

“Kami akan melakukan sebaik mungkin menghalang sebarang penularan Covid-19. Jika terjadi juga, kami akan pastikan kami mempunyai rancangan sebagai tindak balas,” katanya

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, atlet-atlet beberapa negara sebelum ini telah pun tiba ke Jepun bagi melakukan persediaan awal sebelum tirai saingan berlangsung 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC), Thomas Bach sebelum ini memberi jaminan Tokyo 2020 akan berlangsung dengan selamat di sebalik peningkatan kadar kes Covid-19 di negara tersebut.

Malah Bach menegaskan temasya terbesar sukan dunia itu akan menjadi bukti solidariti komuniti sukan dunia memerangi Covid-19.