X

Kindly register in order to view this article
!

Pelaku tembak jatuh MH17 perlu diheret ke muka pengadilan

Pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014.
A
A

SHAH ALAM – Malaysia mengulangi pendirian bahawa pelaku tidak berperikemanusiaan yang menembak jatuh pesawat MH17 pada 17 Julai 2014 perlu diheret ke muka pengadilan.

Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, ia bukan hanya untuk menegakkan keadilan tetapi sekurang-kurangnya dapat memberi ketenangan kepada setiap ahli keluarga mangsa tragedi yang kehilangan insan tersayang.

“Malaysia yakin dan berharap pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada ketika ini tidak menjadi penghalang kepada usaha menegakkan keadilan bagi membela mangsa-mangsa tragedi penerbangan MH17,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: MH17: Malaysia mahu semua bukti

Pada 17 Julai 2014, tragedi berlaku apabila pesawat Boeing 777, MH17 milik penerbangan Malaysia dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di bahagian timur Ukraine, wilayah yang dikawal pemberontak pro-Rusia.

Semua 298 penumpang, sebahagian besarnya rakyat Belanda serta anak kapal terbunuh manakala penumpang lain membabitkan rakyat Australia, Britain, Malaysia dan Indonesia.

Tegas kementerian itu, negara ini sentiasa komited dan memberikan sokongan penuh dalam usaha mengheret mereka yang bertanggungjawab atas tragedi menimpa MH17 ke muka pengadilan.

“Malaysia juga menuntut segala bukti yang ada didedahkan kepada umum dan proses kehakiman dijalankan secara adil serta tidak dipengaruhi oleh apa jua tekanan politik bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!