336 masjid dan tempat sembelihan dikenal pasti

Syed Ibrahim
Syed Ibrahim
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 336 masjid dan tempat penyembelihan diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk melaksanakan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha minggu depan.

Exco Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, seramai 1,335 penyembelih dan pembantu penyembelih dibenarkan melakukan penyembelihan ibadah korban dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

"Mereka yang dibenarkan melakukan kerja penyembelihan perlu melakukan ujian saringan pengesanan Covid-19,” katanya pada Sabtu.

Ditanya kebenaran melaksanakan solat Sunat Aidiladha, Syed Ibrahim berkata, kesemua institusi masjid dan surau yang dibenarkan melaksanakan solat Jumaat serta fardu boleh menunaikan Solat Sunat Aidiladha dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

"Masjid negeri dibenarkan 100 jemaah. Jika ada masjid yang mempunyai ahli jawatankuasa memastikan perlaksanaan SOP dengan sebaiknya dan mahu menambah bilangan jemaah boleh memohon daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP),” katanya.

Artikel Berkaitan: