MU letak harapan tinggi menang piala

Greenwood
Greenwood
A
A
A

MANCHESTER United perlu meletakkan sasaran tinggi musim depan selepas masih kemarau kejuaraan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Penyerang United, Mason Greenwood berkata, kegagalan untuk menjuarai sebarang piala musim depan bukan sesuatu yang bagus untuk pasukan itu selepas petanda persembahan yang positif dipamerkan pada musim lalu.

"Kami perlu menang piala dan itu sasaran kami pada penghujung musim. Kami tidak boleh gagal lagi kerana ia adalah sesuatu yang diharapkan semua orang.

"Seperti musim lalu, kami hanya tersasar sedikit sahaja daripada kejuaraan. Tetapi, musim depan kami yakin segalanya akan menjadi lebih baik," katanya.

The Red Devils masih ketandusan kejuaraan sejak empat tahun lalu dengan trofi terakhir diraih dalam saingan Liga Europa 2017 ketika dibawah kendalian Jose Mourinho.

Malah, musim lalu menyaksikan United berpeluang untuk menamatkan penantian menjulang piala namun kegagalan dalam penentuan penalti ketika aksi final Liga Europa kepada Villareal menyaksikan pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu terus kempunan meraih trofi.

United akan memulakan aksi pra musim pada Ahad dengan berdepan Derby County yang kini dikendalikan oleh lagenda United, Wayne Rooney.

Dalam pada itu, Greenwood mengakui mengidolakan Rooney dengan menyifatkan bekas kapten United itu adalah satu-satunya pemain yang dapat membantunya berkembang sebagai penyerang.

Artikel Berkaitan:

"Sudah tentu saya memilih Wayne kerana dia merupakan legenda dan dia melakukan semuanya selain merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman buat United.

"Saya mungkin hanya bertanya nasihat kepadanya tetapi bukan bagaimana cara dia bermain, kerana anda dapat melihat bagaimana dia bermain. Tetapi, ada petua tentang bagaimana anda dapat menyelit antara pemain pertahanan dan sebagainya.

"Secara jelasnya dia telah menjaringkan ratusan gol untuk United dan itulah perkara penting petua yang saya mahu tanyakan kepadanya," ujar Greenwood.