6,307 penagih baharu dikesan di Kelantan

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Bagi tempoh dua tahun bermula Januari 2017, seramai 6,307 penagih dadah baharu dikesan di Kelantan.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan, Rohayu Ahmad berkata, ia melibatkan 73 peratus daripada jumlah keseluruhan seramai 8,666 penagih.

Selebihnya beliau berkata, 27 peratus atau 2,359 merupakan penagih berulang.

“Kota Bharu mencatatkan bilangan tertinggi dengan jumlah 1,608 iaitu 1,199 penagih baharu dan selebihnya penagih berulang.

No Image Caption

“Seramai 63 daripada 1,608 pula, merupakan penagih di kalangan remaja berusia 14 hingga 18 tahun,” katanya, selepas program AADK Bersama NGO Bangkit Perangi Dadah di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Putera, semalam.

Hadir sama Penyelaras Dun Bunut Payung, Datuk Jasman Jaafar; Naib Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamad dan Ketua Pegawai AADK Kota Bharu, Mohd Rizaridzuan Othman.

Program yang dihadiri 110 OKP ini diselitkan dengan motivasi dan perkongsian pengalaman daripada Pihak Persatuan Pengasih Malaysia.

Artikel Berkaitan: