Lelaki maut dalam kejadian tanah runtuh di Kuching

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandunya terjatuh ke dalam runtuhan tanah di Jalan Haji Baki di sini tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak memaklumkan pihaknya menerima laporan pada 12.30 tengah malam mengenai kejadian tanah runtuh di tepi jalan itu dan terdapat kereta yang jatuh dengan mangsa Chai Kian Fah, 63, tersepit di dalam kenderaan tersebut.

Katanya, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati keadaan struktur tanah tidak stabil dan masih berlaku runtuhan susulan yang menyukarkan operasi menyelamatkan mangsa.

"Bomba akhirnya berjaya mengeluarkan mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan menggunakan peralatan khas bagi memotong bahagian pintu kenderaan.

"Mangsa berjaya dikeluarkan pada 2 pagi tadi. Setelah diperiksa, mangsa disahkan telah meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: