X

Kindly register in order to view this article
!

Pekerja asing 'gelang 'pink' keluar rumah untuk jalani saringan

Tangkap layar video dua lelaki warganegara asing memakai gelang berwarna merah jambu menutup lengan mereka dengan kertas putih.
A
A

REMBAU- Polis Rembau mengesahkan dua lelaki warganegara asing memakai gelang berwarna merah jambu yang videonya dimarahi orang awam tular di media sosial sejak malam Khamis merupakan pekerja di sebuah kilang di daerah ini.

Video berdurasi 43 saat itu memaparkan dua lelaki berjalan di kawasan perumahan menutup lengan mereka yang memakai gelang merah jambu dengan kertas berwarna putih sebelum ditegur oleh orang awam yang meminta mereka balik.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, siasatan mendapati, ketika kejadian mereka sedang menuju ke bas yang disediakan majikan untuk membawa pekerja menjalani ujian saringan Covid-19 kali kedua di Klinik Kesihatan Rembau.

"Polis percaya berlaku salah faham dan kegusaran terhadap masyarakat berhubung pergerakan kedua-dua lelaki terbabit.

"Sehubungan itu tindakan telah diambil oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dengan memberi penerangan dan pencerahan bagi mengurangkan kebimbangan masyarakat setempat khususnya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, beliau dan Ketua Polis Balai Chembong juga telah berjumpa dengan wakil penduduk dan individu lelaki yang merakam video berkenaan bagi menjelaskan situasi sebenar.

Ujarnya, pihaknya turut berjumpa dengan pihak kilang dan memberi amaran keras agar lebih bertanggungjawab.

"Pihak kilang diingatkan untuk memastikan perkhidmatan serta kemudahan semua pekerja di kawasan itu diberi perhatian tanpa mengabaikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pergerakan pekerja yang dikuarantin," katanya.

Selain itu katanya, masyarakat juga diminta menjadi mata dan telinga kepada polis bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dengan melaporkan segera jika terdapat mana-mana pihak atau individu yang dikesan melanggar SOP ditetapkan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!