X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

1,619 kes baharu di NS, Seremban catat kes paling tinggi

S Veerapan
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 1,619 kes baharu Covid-19 dilaporkan berlaku di Negeri Sembilan (NS) pada Jumaat menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan sebanyak 58,978 pada.

Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar, S Veerapan berkata, daripada jumlah tersebut, daerah Seremban mencatatkan kes paling tinggi iaitu 1,330 kes dengan kes sporadik di Seremban mencatatkan paling tinggi iaitu sebanyak 842 kes.

Menurutnya, daerah Port Dickson pula mencatatkan sebanyak 148 kes, Jempol (62), Kuala Pilah (36), Rembau (21), Jelebu (8) dan Tampin merekodkan 14 kes.

Katanya, sebanyak empat kematian dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 adalah 536 kes.

"Pertambahan 1,619 kes baharu ini turut membabitkan penambahan satu lagi kluster iaitu Kluster Bakti 2 dengan merekodkan tiga kes positif Covid-19.

"Ini menjadikan terdapat 58 kluster iaitu 49 kluster tempatan dan sembilan kluster import yang masih belum diisytiharkan tamat di Negeri Sembilan.

"Terdapat 12,166 kes aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah (Jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir)," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Tambahnya, terdapat penambahan kes di semua kluster industri, namun yang paling tinggi dicatatkan dalam Kluster Industri Jalan Emas Satu Nilai, iaitu sebanyak 26 kes positif Covid-19.

Kluster Industri Senawang pula terdapat 13 penambahan kes menjadikan jumlah pekerja yang disahkan positif Covid-19 di kluster berkenaan adalah seramai 1,942 orang.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!