Melbourne 'lockdown' buat kali kelima

Melbourne dikenakan perintah 'lockdown' pada Jumaat bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 di bandar raya itu. - Foto AFP
Melbourne dikenakan perintah 'lockdown' pada Jumaat bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 di bandar raya itu. - Foto AFP
A
A
A

MELBOURNE - Bandar raya Melbourne menjalani perintah 'lockdown' buat kali kelima pada Jumaat ketika Australia berusaha menghalang peningkatan penularan pandemik Covid-19 yang disebabkan oleh varian Delta dari India.

Lebih 12 juta penduduk negara itu terpaksa berada di rumah masing-masing selepas dua buah bandar raya iaitu Sydney dan Melbourne dikenakan perintah 'lockdown' itu.

"Anda lihat di sekeliling bandar raya ini (Melbourne). Tiada sesiapa pun (orang ramai) di sini," kata seorang penduduk, Mike Cameron kepada AFP.

Penduduk di bandar raya tersebut hanya dibenarkan untuk meninggalkan rumah masing-masing untuk tujuan yang tertentu sahaja seperti melakukan senaman dan membeli barangan penting.

Bagaimanapun, ramai yang berharap 'lockdown' itu berlaku dalam tempoh yang singkat.

Seorang penduduk, Matilda Dempsey berkata, beliau berharap 'lockdown' itu berlaku dalam tempoh lima hari sahaja.

"Saya berpendapat ia (lockdown) amat mudah diuruskan. Gembira kita melakukan (lockdown) dengan amat cepat. Saya menganggap Sydney melakukan sedikit lewat dan kini mereka (penduduk di Sydney) terperangkap dalam situasi yang buruk," katanya.

Melbourne merekodkan enam kes Covid-19 pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Sydney dikenakan perintah 'lockdown' sejak 26 Jun lalu dan hanya akan berakhir pada 30 Julai ini. - Agensi