X

Kindly register in order to view this article
!

Bantuan RM5.44 juta kepada usahawan terkesan Covid-19

KPLB akan menyalurkan pakej bantuan bernilai RM5.44 juta kepada usahawan dan peniaga kecil yang terjejas. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Lima agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menyalurkan pakej bantuan bernilai RM5.44 juta kepada usahawan dan peniaga kecil yang terjejas berikutan pelaksanaan Fasa Ketiga Perintah Kawalan Pergerakan Penuh.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, pakej tersebut akan diberikan mulai Ogos hingga Disember 2021 dan jumlah anggaran penerima manfaat pakej bantuan ini adalah seramai 3,815 orang.

“Secara keseluruhannya insentif-insentif yang ditawarkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah adalah pengecualian bayaran premis perniagaan; pengecualian bayaran sewa tanah; penangguhan bayaran sewa rumah; penangguhan bayaran balik pinjaman termasuk menstrukturkan semula dan memperluaskan program keusahawanan di agensi,” ujar Abd Latiff di dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Langkah pemberian pakej bantuan ini adalah susulan pengenalan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) bagi membantu rakyat ketika pandemik Covid-19 dan pelaksanaan PKP 3.0.

Lima agensi KPLB yang menyediakan pakej bantuan ini adalah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!