X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Dua kluster baharu libatkan rumah panjang di Sarawak

29 individu telah disaring bagi kluster tersebut dengan 21 didapati positif Covid-19. - Foto Bernama
A
A

KUCHING - Dua kluster baharu Covid-19 melibatkan rumah panjang dikesan di Sarawak hari ini menjadikan kluster aktif di negeri itu kini berjumlah 96, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN dalam kenyataan memaklumkan, ia membabitkan Kluster Bukit Tinggi yang juga kluster komuniti di sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bukit Tinggi, Ulu Strass di Meradong.

Menurut kenyataan itu, 29 individu telah disaring bagi kluster tersebut dengan 21 didapati positif Covid-19 termasuk kes indeks, enam negatif dan dua masih menunggu keputusan.

Dalam pada itu, Kluster Lempaong yang juga kluster komuniti dikesan hasil saringan bersasar melibatkan penduduk dua buah rumah panjang di Lempaong Spak, daerah Betong.

“Sebanyak 55 individu telah disaring dan 31 didapati positif Covid-19 termasuk kes indeks, 23 negatif dan satu masih menunggu keputusan,” menurut JPBN.

Sarawak hari ini mencatatkan 423 kes baharu Covid-19. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!