X

Kindly register in order to view this article
!

PKPD di 34 mukim di Selangor ditamatkan hari ini

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di Selangor ditamatkan hari ini. Gambar hiasan.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di Selangor ditamatkan hari ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) setelah meneliti mengenai pembentangan situasi semasa 34 mukim berkenaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kerajaan telah melaksanakan PKPD di 34 mukim di Selangor yang dijadualkan tamat pada hari ini, 16 Julai 2021.

"Sidang khas MKN telah meneliti pembentangan KKM mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di semua mukim yang terbabit," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Pelan Pemulihan Negera (PPN) dan PKPD pada Jumaat.

Sebelum ini, 34 mukim di Selangor dikenakan PKPD selama dua minggu bermula 3 Julai lepas.

Sekatan itu merangkumi mukim di daerah Petaling iaitu mukim Petaling, Damansara, Sungai Buloh, Bukit Raja; Hulu Langat (Hulu Langat, Ampang, Cheras, Kajang, Semenyih, Beranang) dan Sepang (Dengkil, Labu, Sepang).

Selain itu, bagi daerah Gombak melibatkan mukim Batu, Rawang, Setapak, Hulu Kelang, Kuang dan di Kuala Langat (Tanjung 12 (1), Tanjung 12 (2), Teluk Panglima Garang, Morib, Bandar, Jugra, Batu).

Mukim di daerah Klang iaitu Kapar dan Klang serta Kuala Selangor (Ijok, Bestari Jaya, Jeram), Hulu Selangor (Serendah, Rasa, Ulu Yam, Batang Kali). - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!