Delegasi Jong-un selamat tiba di Hanoi

Jong-un yang berlepas dari Pyongyang Sabtu lalu, tiba di stesen Kereta Api Dong Dang hari ini. - Foto AFP
Jong-un yang berlepas dari Pyongyang Sabtu lalu, tiba di stesen Kereta Api Dong Dang hari ini. - Foto AFP
A
A
A

HANOI - VIETNAM. Ketibaan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Vietnam hari ini bagi menghadiri persidangan bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump disambut kawalan ketat pihak keselamatan dan orang ramai yang ingin melihat sendiri pemimpin berkenaan.

Rombongan yang Jong-un yang berlepas dari Pyongyang Sabtu lalu, tiba di stesen Kereta Api Dong Dang setelah mengharungi perjalanan sejauh 4,000 kilometer merentasi China menaiki kereta api kalis peluru.

Diiringi oleh anggota pasukan keselamAtan dan para pembantunya, Jong-un kemudian dibawa menaiki Mercedes Benz menuju ke Hanoi.

Pertemuan kali kedua antara kedua-dua pemimpin yang akan bermula esok hingga Khamis merupakan kesinambungan persidangan julung kali pertama yang diadakan di Singapura pada Jun tahun lalu.

Turut tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Hanoi, hari ini adalah Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo.

Sementara itu, Presiden Trump dijangka tiba di Hanoi lewat petang ini menaiki Pesawat Air Force One.

Pertemuan kali ini bakal mendapat perhatian dunia dan ia diharap dapat merealisasikan impian kempen nyahnuklear di Semenanjung Korea, walaupun terdapat pihak yang meragui cita-cita itu akan terlaksana dalam masa terdekat. - AFP

Artikel Berkaitan: