Peraduan Wayang HibSinar – Milly & Mamet

Milly & Mamet
Milly & Mamet
A
A
A

MASIH ingat filem Ada Apa Dengan Cinta 1 & 2? Jika pernah menonton filem romantik popular, Ada Apa Dengan Cinta, mesti kenal dengan watak Milly dan Mamet yang comel itu.

Kali ini, ia bukan lagi tentang Cinta dan Rangga, tapi penonton akan akan disajikan tentang kisah pasangan comel ini menerusi filem terbaharu arahan Ernest Prakasa, Milly & Mamet yang akan ditayangkan kepada umum mulai 7 Mac depan.

Filem spin off daripada kisah mereka dalam Ada Apa Dengan Cinta 2 ini mengisahkan tentang Milly (Sissy Priscillia) dan Mamet (Dennis Adhiswara) yang sibuk menguruskan cahaya mata pertama mereka.

Mamet meminati bidang masakan dan bekerja sebagai chef di kilang milik bapa Milly. Satu pilihan yang agak terpaksa, namun dia kini menjadi harapan keluarga kecil mereka setelah Milly berhenti kerja sebagai pegawai bank untuk memberi tumpuan kepada rumah tangga dan membesarkan anak.

Suatu hari, Mamet berjumpa Alexandra (Julie Estelle), teman rapatnya ketika belajar dulu. Alexandra memberitahu Mamet dia sudah mendapatkan pelabur untuk membiayai plan mereka untuk membuka restoran bersama suatu ketika dulu.

Milly & Mamet
Milly & Mamet

Adakah Mamet akan menerima tawaran ini dan mengejar mimpinya? Bagaimana pula Milly menyesuaikan dirinya dengan rutin baharu sebagai suri rumah sepenuh masa? Dapatkan jawapannya dengan menonton Milly & Mamet.

Milly & Mamet

Artikel Berkaitan:

Bahasa: Indonesia

Pengarah: Ernest Prakasa

Pelakon: Sissy Priscillia, Dennis Adhiswara, Titi Kamal, Isyana Sarasvati, Dian Sastrowordoyo, Melly Goeslaw

Genre: Romantik komedi

Klasifikasi: P13

Tayangan: 7 Mac 2019

Edaran: TGV Pictures

PERADUAN

Menangi tiket percuma dan menjadi antara yang terawal menonton filem Milly & Mamet di WayangHibSinar (Sinar Harian) dengan menulis slogan menarik dan kreatif tentang filem ini.

Saya mahu menjadi antara yang terawal menonton filem Milly & Mamet kerana:

............................................................................................................................................................

Lengkapkan slogan tersebut dengan menggunakan #MillyMametMY beserta info diri anda (Nama Penuh, No K/P, Alamat, No. Telefon) dan emel ke: hiburan.sinar@gmail.com (tarikh tutup: 28 Februari 2019)

INFO TAYANGAN WAYANG HIBSINAR – MILLY & MAMET

Tarikh: 4 Mac 2019 (Isnin)

Masa: 8.30 Malam

Lokasi: TGV, 1Utama

(Terima kasih: TGV Pictures Malaysia)

**Hanya terbuka kepada anda yang menetap di sekitar Lembah Klang sahaja. (Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan terpantas dengan slogan menarik).