X

Kindly register in order to view this article
!

54 peratus kes Covid-19 KL, Putrajaya melalui kontak rapat

Ujian saringan terhadap kontak rapat menyumbang 54 peratus daripada 1,552 kes positif Covid-19 di Kuala Lumpur dan Putrajaya pada Khamis lalu. - Foto fail Bernama (Gambar kecil: Annuar)
A
A

KUALA LUMPUR - Ujian saringan terhadap kontak rapat menyumbang 54 peratus daripada 1,552 kes positif Covid-19 di Kuala Lumpur dan Putrajaya pada Khamis lalu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, selain itu 28.5 peratus kes disebabkan jangkitan secara sporadik dan 13 peratus melibatkan saringan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, 1,359 kes positif (88 peratus) adalah dalam kalangan warganegara manakala 193 kes (12 peratus) melibatkan bukan warganegara.

"Antara faktor penyumbang kes adalah daripada saringan di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) samada aktif atau PKPD yang baru sahaja ditamatkan manakala 54 peratus kes positif adalah jangkitan daripada kontak rapat yang kebanyakannya dalam isi rumah.

"Terdapat juga jangkitan daripada kontak rapat di tempat kerja seperti di pejabat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau yang juga Pengerusi Pusat Penyelarasan Dan Pengurusan Covid-19 Wilayah Persekutuan (CCMC-WP) berkata, majoriti kes positif di PKPD dan kontak rapat isi rumah jalani kuarantin di rumah, telah menyebabkan penularan kepada ahli keluarga yang lain.

Katanya, CCMC-WP akan memantau situasi tersebut terutama berkaitan peraturan kuarantin di rumah sendiri yang dirasakan tidak sesuai diteruskan.

Bagaimanapun katanya, secara keseluruhan keadaan Covid-19 di Wilayah Persekutuan terkawal dan dijangkakan kes menurun pada minggu hadapan hingga akhir Julai melalui peratusan suntikan vaksin yang tinggi di Wilayah Persekutuan.

"Kementerian Wilayah Persekutuan akan terus memperhebatkan program vaksinasi secara besar-besaran agar Wilayah Persekutuan dapat mencapai imuniti kelompok seawal mungkin.

" Ia juga ke arah melaksanakan strategi baru pasca 80 peratus vaksinasi di Wilayah Persekutuan dengan lebih banyak sektor sosial dan ekonomi boleh dibuka," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!