X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Jadikan kes jangkitan selepas Aidilfitri sebagai iktibar: TPM

Ismail Sabri meninjau operasi PPV di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah pada lawatan beliau ke pusat itu pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A

KUANTAN - Kes jangkitan Covid-19 yang memuncak akibat kluster rentas negeri selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri lalu perlu dijadikan iktibar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua pihak diminta bekerjasama supaya tidak cuba melakukan rentas daerah atau negeri untuk pulang ke kampung ketika Hari Raya Aidiladha pada Selasa ini.

Beliau berkata, dalam tempoh fasa pertama dan kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN), rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan.

"Walaupun prosedur operasi standard (SOP) ketat dilaksanakan ketika Aidilfitri lalu, namun ada yang curi-curi pulang ke kampung menyebabkan berlaku jangkitan Covid-19.

"Ada kes satu keluarga dijangkiti dan ada yang menyebabkan kematian. Jadi, kita tidak mahu perkara seperti ini terus berlaku pada Aidiladha nanti," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini pada Jumaat.

Turut sama mengiringi ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Ismail Sabri turut mengingatkan, walaupun ada antara mereka lepas daripada sekatan polis dengan melalui jalan tikus, namun mereka tidak terlepas daripada risiko dijangkiti Covid-19.

"Saya minta semua bersabar. Insya-ALLAH selepas negara mencapai imuniti berkelompok, rentas daerah dan negeri akan dibenarkan untuk PPN fasa ketiga dan keempat nanti," kata beliau.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!