Bila pula nak tahan Moorthy, Ganabatirau?, soal KP Umno

status
status
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mahu prinsip ‘rule of law’ yang diperjuangkan PH digunakan terhadap sesiapa sahaja yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang menaikkan sentimen perkauman.

Katanya, bukan sekadar memberkas pengendali blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo, polis juga perlu menahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy dan Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor, V Ganabatirau di mana kedua-duanya didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang menaikkan sentimen perkauman.

“Papa Gomo ditahan selepas menerima 17 laporan polis keatasnya. Bila pula nak tahan Moorthy yang menerima lebih 150 laporan polis? Ganabatirau yang mengapikan perkauman isu kuil dan turut menerima laporan polis, bila nak ditahan?

“Prinsip ‘rule of law’ model Malaysia baharu PH mesti dilaksanakan,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Asyraf berkata, sesiapa sahaja yang disyaki memainkan sentimen perkauman dan melakukan perkara-perkara yang membelakangi prinsip perundangan dan Perlembagaan wajar disiasat secara adil dan saksama tanpa mengira kedudukan dan latar belakang mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN: Papagomo ditahan keluar kenyataan berbaur hasutan]

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Papa Gomo yang juga merupakan Exco Pemuda Umno ditahan berhubung kenyataan dalam satu video yang didakwa berbaur hasutan yang menaikkan sentimen perkauman.

Menerusi semakan pada akaun Facebook menggunakan nama Sir Azri dipercayai milik Papa Gomo mendapati terdapat satu video dibuatnya kelmarin dengan mengetengahkan tajuk ‘Ini Tanah Melayu’ yang sudah ditonton seramai 327,000 pelayar dan dikongsi sebanyak 9,900 kali.

Artikel Berkaitan:

[ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Umno buat 191 laporan polis terhadap Moorthy]

Sebelum ini kesemua 191 Pemuda Umno Bahagian membuat laporan polis terhadap Moorthy susulan kenyataan kontroversinya dalam video yang tular baru-baru ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ganabatirau mohon maaf secara terbuka]

[ARTIKEL BERKAITAN: Kaitkan orang Islam, Exco gelabah edit semula status FB]

Manakala Ganabatirau memohonan maaf berhubung kenyataan dalam Facebook beliau yang menyebut kumpulan Muslim sebagai perusuh bertanggungjawab dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Isnin lalu.