Remaja antara ditahan dalam pesta minuman keras

11 lelaki yang ditahan di sebuah premis di Damansara dalam satu serbuan oleh pihak polis awal pagi tadi.
11 lelaki yang ditahan di sebuah premis di Damansara dalam satu serbuan oleh pihak polis awal pagi tadi.
A
A
A

PETALING JAYA - 11 ditahan termasuk remaja berusia 17 tahun dalam satu serbuan polis ke atas sebuah premis bangunan di Damansara di sini, awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, serbuan tersebut dibuat selepas pihaknya menerima aduan gangguan bunyi bising dari dalam bangunan berkenaan daripada orang awam.

“Sekitar jam lebih kurang 2.07 pagi, kita menahan 11 lelaki berumur dalam lingkungan antara 17 hingga 20 tahun yang sedang berkumpul sambil minum minuman keras dan berhibur,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut Fakhrudin, ujian air kencing ke atas semua suspek didapati negatif dadah, bagaimanapun tiga daripada mereka mempunyai rekod lampau membabitkan kes jenayah dan kes dadah.

Sehubungan itu, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai di mana boleh menyebabkan penyebaran penyakit berjangkit yang membahayakan nyawa dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan.

Dalam pada itu, beliau memberi amaran kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 untuk mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang

Artikel Berkaitan: