X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 12,541 kes baharu hari ini

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kes harian positif Covid-19 merekodkan sedikit penurunan dengan 12,541 kes dilaporkan pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu terdiri daripada 6,504 kes kategori satu, 5,848 kategori dua iaitu bergejala.

"Sebanyak 86 kes mempunyai radang paru-paru (kategori tiga), 49 kes dikesan mempunyai radang paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan (kategori empat) manakala 54 yang lain adalah kritikal (kategori lima)," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes harian baharu iaitu 5,512 jangkitan.

Negeri Sembilan pula merekodkan 1,619 kes, Kuala Lumpur (1,542), Melaka (575), Kedah (458), Sarawak (423), Pahang (328), Pulau Pinang (376), Sabah (326), Perak (299), Kelantan (225), Terengganu (102), Putrajaya (62), Labuan (24) dan Perlis (tujuh).

"Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 893,323 kes," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 114,053 jumlah kes aktif direkodkan di seluruh negara termasuk 896 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU).

"Sebanyak 459 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan 115 kematian membabitkan 104 rakyat tempatan dan 11 warga asing.

"Kes kematian pada hari ini yang melibatkan 53 di Selangor, Kuala Lumpur (24), Johor (tujuh), Melaka (tujuh), Pulau Pinang (lima), Negeri Sembilan (empat), Kedah (empat), Sabah (tiga), Perak (tiga), Kelantan (dua), Terengganu (dua) dan Labuan (satu)," katanya.

Pertambahan kes kematian itu menjadikan jumlah keseluruhannya, 6,728 kes.

Sementara itu, sebanyak 6,742 kes telah sembuh sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya, 772,542 kes.

Pada perkembangan sama, KKM turut merekodkan 37 kluster baharu membabitkan 19 kluster tempat kerja dan lapan kluster komuniti.

Turut dikesan masing-masing tiga kluster pusat tahanan dan kluster kumpulan berisiko tinggi serta kluster pendidikan lain.

Justeru, orang ramai termasuk individu yang telah menerima vaksin Covid-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan.

"Elakkan kawasan sesak, sempit dan sembang dengan jarak dekat dan amalkan cuci tangan, pakai pelitup muka dan patuhi prosedur operasi standard (SOP)," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!