X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 26 Mei 2022

Remaja 16 tahun dirogol bapa kandung

Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri
A
A

PASIR PUTEH - Seorang lelaki ditahan selepas anaknya yang berusia 16 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol bapanya itu di sebuah rumah, di sini sejak lebih tiga bulan lalu.

Remaja berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Puteh pada jam 11.24 pagi Khamis terhadap bapa kandungnya yang berusia 51 tahun itu atas dakwaan sudah beberapa kali dirogol oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, susulan laporan itu pihaknya menahan lelaki tersebut untuk membantu siasatan.

"Polis tahan reman lelaki berkenaan selama tujuh hari sehingga 22 Julai ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Mohd Azmir berkata, suspek didakwa merogol mangsa ketika isterinya keluar bekerja sementara anak-anak lain masih tidur.

"Difahamkan, kejadian tersebut telah berlaku beberapa kali sejak lebih tiga bulan lalu. Mangsa tidak menceritakannya kepada sesiapa kerana bimbang dimarahi dan dipukul oleh suspek.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan (KK),” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang