X

Kindly register in order to view this article
!

Robben
A
A

BEKAS pemain Belanda, Arjen Robben mengumumkan pengunduran dari kelab liga Belanda, FC Groningen sekaligus mengakhiri karier dua abad bola sepak tonggak The Oranje tersebut.

Robben yang disifatkan antara pemain sayap terbaik dalam generasi Oranje sebelum ini menyertai Trots van het Noorden kendalian Danny Buijs yang melonjakkan namanya sebelum ini selepas mengakhiri khidmat bersama PSV Eindhoven, Chelsea, Real Madrid dan Bayern Munich.

"Saya telah mengambil keputusan untuk tidak lagi aktif sebarang aktiviti bola sepak. Keputusan ini merupakan satu keputusan yang sukar," kata pemain berusia 37 tahun tersebut.

Sementara itu, jurucakap FC Groningen yang mengesahkan perkara tersebut berkata: "Komuniti bola sepak FC Groningen, berharap Robben dapat beraksi untuk satu musim lagi.

"Namun Robben bertegas meneruskan hajatnya tersebut selepas melakukan pertimbangan dalam pelbagai sudut," katanya.

Robben semasa berada pada prestasi kemuncaknya cukup dikenali dengan kepantasan dan kelicikannya dalam mengawal bola, telah menjaringkan lebih 200 gol pada peringkat kelab dan 37 gol untuk Belanda termasuk ketika menentang Sweden di Amsterdam pada Oktober 2017.

Robben yang memulakan karier bola sepaknya di FC Groningen pada musim 2000/01 season direkrut PSV pada musim 2002/03.

Penghijrahannya ke luar dari Belanda bermula setahun selepas itu apabila menyertai Chelsea sebelum memacu kelab barat London tersebut menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2005/06.

Robben kemudiannya berpindah menyertai Real Madrid pada 2007 sebelum direkrut Bayern Munich pada 2009, yang menyaksikannya menjadi nadi kebangkitan kelab selatan Jerman tersebut dalam saingan Bundesliga.

Robben meledak gol terakhirnya bersama Bayern Munich pada Mei 2019 berstatus 99 gol dalam 201 penampilan di Bundesliga.

Sementara bersama Belanda, Robben menjadi watak penting memacu Oranje ke Piala Dunia 2010 Afrika Selatan dan tempat ketiga Piala Dunia 2014 Brazil.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!