Zul Ariffin penakut?

No Image Caption
A
A
A

ZUL Ariffin mengakui wataknya sebagai Jeffri memberi cabaran yang tersendiri apabila dia perlu banyak menjerit dan meninggikan suara, namun dalam masa yang sama, perlu memastikan suaranya tidak hilang atau serak.

"Bekerja dengan Syafiq, saya tahu, saya perlu bersedia fizikal dan mental sebab Syafiq suka ada perubahan last minute.

"Tapi tak ada masalah sangat kerja dengan dia. Cuma saya ni sebenarnya penakut jugalah.

"Walau penakut, saya nak juga buat filem ini, tapi bukanlah takut dengan hantu ke apa, cuma bila terkejut-terkejut yang mencabarnya.

"Lagi-lagi bila melihat solekan kesan khas yang jurumekap buat, kalau kat set pun seram, apatah lagi yang menonton.

"Tapi secara keseluruhan saya seronok buat filem ini, dapat watak yang berbeza walaupun untuk filem ini, banyak juga babak sama kena buat banyak kali sebab nak ambil shoot berbeza, tapi saya puas," jelasnya.

Dalam pada itu, berkongsi perkembangan terbaharu, Zul berkata, dia kini lebih memberi fokus kepada filem dan akan memulakan penggambaran sekuel Jay, tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan: