Lebih 600,000 diberi janji temu bagi tempoh seminggu di Selangor

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 618,000 dos suntikan vaksin Covid-19 telah diberi janji temu bagi tempoh tujuh hari untuk penduduk Selangor sehingga Khamis.

Dos berkenaan diterima daripada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) yang setakat ini peratus penggunaan bekalan vaksin di negeri itu sudah mencecah 78 peratus.

Perkembangan terbaharu dan kemas kini proses vaksinasi di Selangor itu dikongsi menerusi infografik yang dimuat naik Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari di laman Facebook beliau pada Jumaat.

Berdasarkan infografik sama, kadar vaksinasi harian Selangor mencatatkan 114,416 dos sehari dan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga Khamis adalah sebanyak 2.3 juta dos.

Selain itu, data infografik berkenaan juga menunjukkan jumlah pemberian suntikan bagi Program Vaksin Selangor (SelVAX) sehingga Selasa pula telah mencatatkan jumlah sebanyak 57,339 dos suntikan.

Pada 9 Jun, Amirudin mengumumkan peruntukan RM200 juta untuk menjayakan SelVAX di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 bagi melengkap dan mempercepatkan proses suntikan pelalian rakyat negeri ini.

Maklumat berkaitan program itu boleh dicapai menerusi https://vax.selangkah.my atau hubungi talian 1-800-22-6600. Orang ramai juga boleh merujuk Facebook, Twitter dan Instagram @SelangorVAX.

Artikel Berkaitan: