Tiga sekawan mengaku salah sembunyi wang

Tertuduh diiring polis di Kompleks Mahkamah Seremban pada Jumaat.
Tertuduh diiring polis di Kompleks Mahkamah Seremban pada Jumaat.
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Tiga sekawan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban pada Jumaat atas pertuduhan menyembunyikan wang milik orang lain ke dalam akaun mereka awal bulan ini.

Majistret Norzaliza Tesmin menjatuhkan hukuman denda RM34,000 terhadap Muhammad Anas Mohd Amir Nasharuddin, 21; RM24,000 terhadap Muhammad Syafirul Haidezeman dan RM16,000 terhadap Zulaikha Roslan, 22.

Bagaimanapun kesemua mereka gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan dan dikenakan hukuman penjara masing-masing tiga tahun lapan bulan, dua tahun lapan bulan dan setahun lapan bulan.

Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Anas Mohd Amir yang berdepan empat pertuduhan telah menolong menyembunyikan wang yang dimasukkan Mohammad Roslan Abd Manap, 57, ke dalam akaun Maybank miliknya.

Muhammad Syafirul pula berdepan tiga pertuduhan sama melibatkan jumlah RM80,000 dan Zulaikha dua pertuduhan melibatkan jumlah RM60,000.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di Maybank Bandar Baru Nilai, pada 7 Julai sehingga 9 Julai 2021.

Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Nur Amirah Syed Ahmad Yunus.

Artikel Berkaitan: