Aidiladha: Lawatan khas klien di Puspen ditangguh

AADK menangguhkan semua program lawatan dan perjumpaan khas keluarga bersama klien di Puspen di seluruh negara sempena Aidiladha pada Selasa ini.
AADK menangguhkan semua program lawatan dan perjumpaan khas keluarga bersama klien di Puspen di seluruh negara sempena Aidiladha pada Selasa ini.
A
A
A

KAJANG – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menangguhkan semua program lawatan dan perjumpaan khas keluarga bersama klien di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di seluruh negara sempena Hari Raya Aidiladha pada Selasa ini.

Menurut kenyataan AADK, perkara itu diputuskan sebagai usaha dan langkah agensi untuk mencegah penularan jangkitan Covid-19 dengan melihat situasi semasa sistem kesihatan dan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Bagaimanapun, AADK menyediakan medium panggilan video sebagai menggantikan kaedah bersemuka kepada keluarga," menurut kenyataan tersebut.

AADK meminta semua ahli keluarga yang ingin membuat panggilan video tersebut untuk menempah terlebih dahulu dengan menghubungi Puspen bagi urusan janji temu.

"Puspen berkaitan akan menetapkan tarikh dan tempoh masa panggilan video berdasarkan kekosongan disediakan.

"Orang ramai boleh menghubungi Puspen berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut di laman web AADK di www.adk.gov.my," menurut kenyataan itu lagi.

Artikel Berkaitan: