Abang sentiasa doakan Anje: Raff Yaacob

Mawar Rashid & suami
Mawar Rashid & suami
A
A
A

PELAKON dan suami kepada Mawar Rashid, Raff Yaacob berkongsi rasa bangganya di atas kejayaan isterinya yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan sempurna meskipun memegang status sebagai isteri dan ibu.

Menurut Raff, bukan mudah perjalanan Mawar menamatkan pengajian kerana banyak tanggungjawab lain yang turut tergalas di bahunya.

“It takes lots of courage and discipline to complete your studies while being an actress, daughter that supports own family, a wife and mum at the same time. But you went through it all with full dedication and penuh kesabaran.

No Image Caption

“Ingat pesan Abang ni sampai bila-bila. Ujian dari ALLAH SWT diberikan kepada hamba-NYA yang terpilih dan ALLAH SWT takkan memberi ujian di luar kemampuan hamba-NYA. Dan jangan kita lupa bersama ujian itu, ada juga pertolongan dan peningkatan yang ALLAH SWT dah janjikan pada kita. Look at where you are today! Alhamdulillah,” luahnya.

Tidak hanya itu, Raff turut memberikan kata-kata semangat buat isterinya agar terus berjaya dalam apa yang dilakukannya.

No Image Caption

“Today is your convocation day. I just wanna say that I am very proud of you my lady. You must know that selagi Abang masih bernyawa, I’ll always be by your side and support you in whatever you do.

Artikel Berkaitan:

“Abang sentiasa doakan supaya anje terus sukses dan berjaya dalam hidup. Semoga ALLAH SWT sentiasa melindungi keluarga kita dan memberi kebahagian rumah tangga kita till jannah,” tulisnya pada kapsyen gambarnya bersama isteri yang dimuat naik di laman Instagramnya.