X

Kindly register in order to view this article
!

Novak Djokovic sah beraksi di pentas Sukan Olimpik Tokyo

Novak Djokovic -Foto EPA
A
A

PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic mengesahkan akan tampil menyahut cabaran di pentas Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang menyingkap tirai 23 Julai ini.

"Saya sudah pun menempah tiket penerbangan ke Tokyo, dan satu penghormatan dapat bersama kontinjen Serbia menyahut cabaran di Tokyo 2020," katanya.

Pengumuman Djokovic itu sekaligus mengakhiri kesamaran dalam kalangan komuniti tenis apabila empat hari sebelum ini pemain berstatus professional pada 2003 itu menyatakan keraguan menyertai temasya sukan terbesar lagi berprestij dunia tersebut.

Pemain berusia 34 tahun kelahiran ibu kota Belgrade tersebut yang dipacu

Marián Vajda dan Goran Ivanisevic telah memenangi Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Kejuaraan Wimbledon tahun ini hanya memerlukan pingat emas Olimpik dan kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat untuk menjadi pemain pertama meraih status Grand Slam Emas.

Djokovic sebelum ini selepas menghantar Matteo Berrettini pulang pada perlawanan akhir Kejuaraan Wimbledon sekaligus kejuaraan keenam dan berstatus kejuaraan ke-20 Grand Slam mengakui masih berbelah bagi untuk menyertai Tokyo 2020 tersebut.

"Saya perlu memikirkan mengenai perkara ini, seperti mana yang saya maklumkan sebelum ini, perancangan saya sememangnya ke Tokyo 2020.

"Cuma sekarang saya berbelah bahagi 50/50, selepas mendengar pelbagai perkhabaran sejak kebelakangan ini," kata Djokovic di All England Club.

Djokovic menegaskan dia perlu memikirkan semula sekiranya protokol Covid-19 ditetapkan kerajaan Jepun terlalu ketat dan tanpa kehadiran penonton.

Untuk rekod, kerajaan Jepun dan Tokyo 2020 selaku penganjur menetapkan edisi kali ini stadium adalah tanpa kehadiran penonton dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Pelawat asing khasnya dalam kalangan ahli keluarga juga dilarang mengunjungi atlet.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!