Jaga kontak rapat kawal penularan Covid-19

Gambar kecil: Dr Siti Mariah Mahmud
Gambar kecil: Dr Siti Mariah Mahmud
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat perlu menjaga kontak rapat mereka supaya dapat mengawal penularan wabak pandemik Covid-19 dalam kalangan diri dan keluarga.

Exco Kerajaan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, rakyat perlu sedar bahawa negara sekarang berada di tahap amaran merah dan mereka harus proaktif dalam mengawal kontak rapat.

Menurutnya, rakyat tidak boleh hidup dalam penafian apabila sudah melalui tiga fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi masih menunjukkan angka yang sama.

“Sebagai rakyat ketika ini, bagaimana kita hendak melindungi diri kita dan keluarga, kalau kita mengharapkan ‘total lockdown’ 100 peratus dan saya tidak fikir kita akan dapat begitu.

“Sekarang ini, kita sendiri perlu memahami dan bagaimana kita boleh menghalang daripada menjangkiti diri dan keluarga,” katanya ketika Wacana Sinar Harian Edisi ke 274 yang bertajuk PKPD: Tutup Depan Buka Belakang pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: NGO tubuh talian psikososial bantu isu kesihatan mental

Turut hadir, Setiausaha Agung MRA, Dr Shahrizal Azwan Samsudin, Penyelidik Kanan DM Analytis, Zouhair Rosli dan Ketua Kluster Kesihatan dan Perubatan Akademi Profesor Malaysia, Profesor Dr Adlina Suleiman.

Jelas Siti Mariah, sesiapa sahaja boleh menjadi pembawa kepada virus Covid-19 lebih-lebih lagi dengan varian Delta baharu yang boleh menjangkiti dalam tempoh 15 saat.

“Jadi kalau kita tidak perlu keluar jangan keluar, yang mana terpaksa keluar atas urusan kerja perlu melindungi diri.

Artikel Berkaitan:

“Jangan sesekali ada berhubung dengan orang yang tidak dikenali dalam tempoh yang lama kerana kita bimbang sama ada mereka ini pembawa virus ataupun tidak,” katanya.