PGA rampas barangan seludup RM4.98 juta

Azhari (tengah) membincangkan sesuatu dengan anggota ATM melalui kerjasama menerusi Op Bersepadu ATM yang menunjukkan kesan positif dalam aspek kawalan sempadan di negeri ini.
Azhari (tengah) membincangkan sesuatu dengan anggota ATM melalui kerjasama menerusi Op Bersepadu ATM yang menunjukkan kesan positif dalam aspek kawalan sempadan di negeri ini.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan merampas pelbagai barangan seludup berjumlah RM4.98 juta menerusi Ops Benteng Covid-19 di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bermula 16 Jun hingga Khamis.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, sepanjang tempoh tersebut pihaknya telah berjaya melakukan tangkapan ke atas 94 individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Daripada 113 kes yang telah kita rekodkan, rampasan berkait barangan kontraban seperti pakaian, vape, rokok dan makanan menjadi penyumbang kejayaan tertinggi membabitkan nilai berjumlah RM3.05 juta," katanya kepada pemberita di Markas Taktikal (Martak) Lubok Stol di sini pada Jumaat.

Menurutnya, rampasan berkait haiwan ternakan iaitu lembu dan kambing menjadi penyumbang kedua tertinggi kepada kejayaan penugasan Ops Benteng Covid-19 kali ini.

Beliau berkata, selain itu bahan terlarang seperti dadah, ubat batuk, daun dan air ketum turut dirampas selepas menangkap 29 individu termasuk wanita melibatkan rampasan berjumlah RM169,889.

Azhari berkata, kejayaan penugasan Ops Benteng Covid-19 turut dipacu komitmen yang diperagakan oleh seluruh pegawai dan anggota bertugas.

"Saya menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh anggota PGA Batalion 7 Kuantan yang telah melaksanakan tugas dengan begitu baik sekali.

"Saya harap momentum ini dapat terus dikekalkan pada sesi penugasan di Ops Benteng Covid-19 akan datang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain Azhari berkata, kerjasama menerusi Ops Bersepadu dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menunjukkan kesan positif dalam aspek kawalan sempadan di negeri ini.

Katanya, projek rintis dua agensi itu telah berjaya mencegah aktiviti penyeludupan menerusi rondaan bersama.