2,000 orang asli di Selangor bakal nikmati subsidi RM20 data internet

Hee Loy Sian
Hee Loy Sian
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 2,000 masyarakat orang asli negeri di Selangor bakal menikmati kemudahan data internet tanpa had dengan subsidi bulanan RM20 selama 12 bulan.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asal Selangor, Hee Loy Sian berkata, inisiatif program Data Internet Selangor di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 boleh dimohon mulai Khamis sehingga 15 September hadapan.

“Mereka dijangka menerima kad sim bermula 1 Oktober depan dan permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang www.platselangor.com di pautan klik Inisiatif Bisnes Amal," katanya dalam kenyataan di laman Facebook pada Khamis malam.

Pada 9 Jun lalu, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari membentang dan mengumumkan program itu dengan peruntukan sebanyak RM17.5 juta.

Beliau dilaporkan berkata, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan menanggung subsidi RM20 melalui tawaran produk kad sim data internet tanpa had dengan kadar istimewa RM35 sebulan.

Menurutnya, penerima hanya membayar RM15 dan selebihnya RM20 akan dibayar oleh MBI.

Program Data Internet Selangor menyasar penjaja kecil, pelajar, ibu tunggal, pemandu teksi, warga emas dan pekerja ekonomi sampingan sebagai golongan sasaran untuk menerima manfaat berkenaan.

Artikel Berkaitan: