Gangguan air: 13 kawasan di KL mula terima agihan bekalan

3 kawasan yang berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual mula menerima agihan pada jam 2 pagi, pada Jumaat.
3 kawasan yang berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual mula menerima agihan pada jam 2 pagi, pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - 13 kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berdepan dengan masalah gangguan air susulan kejadian paip pecah di Jalan Kuari Bukit A, di sini mula menerima agihan bekalan berkenaan sekitar jam 2 pagi pada Jumaat.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan berkata, kerja-kerja pembaikan paip berkenaan telah siap sepenuhnya dan bekalan air diagihkan setelah pemeriksaan kualiti menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, sehingga jam 7 pagi ini, pemulihan bekalan air di semua kawasan terlibat berada pada tahap 35 peratus.

"Air Selangor akan memaklumkan status bekalan air dari semasa ke semasa menerusi medium aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com," katanya.

Pada Khamis malam, Air Selangor memaklumkan 13 kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bakal berdepan gangguan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah berkenaan.

Antara kawasan terlibat adalah Kampung Cheras Baru; Pandan Mewah; Taman Muda; Taman Bukit Permai; Taman Bukit Pandan; Taman Mawar; Taman Seraya; Taman Mega; Taman Bukit Teratai; Taman Melur; Taman Saga; Taman Putra dan Taman Mestika.

Artikel Berkaitan: