Tokan dadah ditahan miliki 205 gram heroin

Dadah yang dirampas.
Dadah yang dirampas.
A
A
A

JEMPOL - Seorang lelaki dipercayai tokan dadah yang menjalankan pengedaran dadah di kawasan Felda Palong ditahan polis di tepi jalan besar Felda Palong 6 di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jempol berjaya menahan penganggur berusia 22 tahun itu kira-kira jam 6.15 petang.

"Hasil operasi itu, polis berjaya merampas dua bungkusan plastik lut sinar berisi ketulan disyaki dadah berbahaya jenis heroin berat kira-kira 205 gram bernilai RM7,200.

"Rampasan dadah itu dipercayai untuk pasaran di kawasan Felda Palong," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Chang Hook berkata, sebuah kereta jenis Honda Accord yang digunakan suspek yang dipercayai terlibat dengan dadah sejak tiga tahun lalu.

"Hasil ujian urin juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah.

"Kes seterusnya disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya.

Artikel Berkaitan: