Hilang pendapatan, tukang rumah jual lemang

Hanafiah Mohd Noor, 38, bersama isterinya, Nor Adila Ramli, 30, membakar lemang tiga perisa menjelang Aidiladha dengan meletakkan nama 'Lemang Guling Bakar Original 100 Peratus'. Foto - Bernama
Hanafiah Mohd Noor, 38, bersama isterinya, Nor Adila Ramli, 30, membakar lemang tiga perisa menjelang Aidiladha dengan meletakkan nama 'Lemang Guling Bakar Original 100 Peratus'. Foto - Bernama
A
A
A

MACHANG - Percubaan seorang tukang rumah menjual tiga jenis lemang dalam usahanya meraih pendapatan selepas terkesan akibat pandemik Covid-19, nyata berbaloi apabila jualannya mendapat sambutan.

Hanafiah Mohd Noor, 38, bersama isterinya, Nor Adila Ramli, 30, mengambil inisiatif menjual lemang yang diberi nama 'Lemang Guling Bakar Original 100 Peratus' dengan pilihan pulut biasa, pulut hitam dan jagung sebagai kelainan dan tarikan kepada pelanggan.

"Disebabkan kerja-kerja menukang terhenti berikutan Covid-19, saya menggunakan kebolehan membuat lemang yang saya pelajari semasa tinggal di Pasir Gudang, Johor, sebagai sumber pendapatan pada waktu kesempitan begini.

"Ramai yang biasa makan lemang daun lerek dan daun pisang asli, tetapi lemang pulut hitam dan jagung sesuatu yang baharu, jadi ramai pelanggan teruja apabila pertama kali melihatnya," katanya ditemui pemberita di Kampung Lepan Kandis, Pulai Chondong, di sini pada Khamis.

Lemang ini dijual dengan harga RM8 hingga RM14 sebatang, manakala perisa pulut hitam dan jagung dijual dengan harga RM10 hingga RM14 sebatang. Foto - Bernama
Lemang ini dijual dengan harga RM8 hingga RM14 sebatang, manakala perisa pulut hitam dan jagung dijual dengan harga RM10 hingga RM14 sebatang. Foto - Bernama

Bagaimanapun pasangan suami tersebut hanya menjual lemang sekali seminggu iaitu pada setiap Khamis, kerana kekangan modal dan kos barang seperti beras pulut, santan, daun lerek dan daun pisang semakin meningkat.

"Kami menggunakan kira-kira 10 kilogram (kg) beras pulut bagi setiap kali jualan. Bagi lemang biasa dijual pada harga RM8 hingga RM14 sebatang, manakala lemang pulut hitam dan jagung dijual pada harga RM10 hingga RM14 sebatang," kata Hanafiah yang memiliki dua cahaya mata.

Hanafiah berkata, biarpun hanya menjalankan perniagaan di kampung, beliau tidak keberatan melakukan khidmat tunai ketika penghantaran (COD) di sekitar Machang.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun terpaksa berdepan dengan bahang api semasa membakar lemang saya gembira melakukan kerja ini, tambahan pula lemang memang sukar ditemui di Kelantan terutama di kampung-kampung," katanya. - Bernama