Red Devils tampil lebih retro

No Image Caption
A
A
A

GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United melancarkan jersi baharu The Red Devils menjelang saingan musim 2021/22.

Reka bentuk jersi kelab kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu diilhamkan daripada jersi era 1980-an dengan TeamViewer penaja baharu menggantikan Chevrolet.

The Red Devils sebelum ini mengumumkan perjanjian lima tahun bernilai 235 juta pound (RM1.3 billion) dengan syarikat teknologi global berkenaan.

"Jenama TeamViewers mencantikkan lagi jersi, di bawah logo Adidas dan jata ikonik Manchester United untuk menjadikan jersi ini lebih klasik," ujar kelab berkenaan.

Bintang Manchester United, Paul Pogba, Harry Maguire dan Luke Shaw antara pemain-pemain yang memperagakan jersi tersebut.

Biarpun begitu terdapat segelintir penyokong Manchester United yang kurang menyenangi reka bentuk jersi tersebut.

Ini termasuk bekas tonggak pertahanan Gary Neville yang memuatnaik komennya bulan lalu berikutan tersebarnya gambar jersi tersebut di media sosial.

"Saya sememangnya menyukai setiap jersi tuan rumah United, namun saya tidak menyukai yang ini (seandainya jersi tuan rumah). Adakah saya terlalu kasar?

Artikel Berkaitan:

"Penajaan tidak sesuai, lengan pun tidak sesuai. Reka bentuk terlalu asas tanpa mengekalkan gaya dan budaya kelab. Setuju atau tidak?," ujarnya.