Sila log masuk terlebih dahulu.

PKPD: 'Tutup depan, buka belakang'

15 Julai 2021 | Wacana
A
A
A
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksana di beberapa mukim di Selangor dan lokaliti tertentu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 sehingga 16 Julai.

Kedua-dua negeri ini menunjukkan trend jangkitan tertinggi setakat ini.

Namun kini memasuki minggu kedua PKPD dilaksanakan, peningkatan kes terus berlaku dimana dua hari berturut-turut kes harian melebihi 11,000.

Meskipun pemasangan kawat duri dan penghadang jalan, pertambahan sekatan jalan raya dan kebanyakan kilang dikatakan 'ditutup', dimana silapnya apabila peningkatan kes terus melonjak?

Keadaan ini menambah kegelisahan semua pihak apabila Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati di sini terus sesak dengan kunjungan orang bagi mendapatkan penilaian kesihatan sejak awal pagi Selasa.