Arab Saudi aktifkan semula pusat media digital

Kementerian Media Arab Saudi menyediakan Pejabat Virtual Haji bagi memudahkan wartawan Arab Saudi dan asing memperoleh maklumat terkini mengenai ibadat haji pada tahun ini. - Agensi
Kementerian Media Arab Saudi menyediakan Pejabat Virtual Haji bagi memudahkan wartawan Arab Saudi dan asing memperoleh maklumat terkini mengenai ibadat haji pada tahun ini. - Agensi
A
A
A

JEDDAH - Kementerian Media Arab Saudi mengaktifkan semula sebuah kemudahan perkhidmatan digital yang canggih untuk para pemberita membuat liputan tentang perjalanan musim haji tahun ini.

Perkhidmatan yang pada mulanya dilancarkan untuk musim haji 2020 membolehkan wartawan menerima bahan-bahan berita, menemubual para pegawai dan pemegang taruh serta menyertai persidangan akhbar secara langsung.

Ia juga akan menjadi platform bagi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pemberita dan mendapatkan komen-komen tentang musim haji tahun ini.

Perkhidmatan itu disediakan dalam bahasa Inggeris dan Arab serta dikenali sebagai Pejabat Virtual Haji.

Menerusi platform berkenaan, wartawan tempatan dan luar negara boleh memperoleh perkhidmatan eksklusif seperti gambar yang berkualiti tinggi dan rakaman video.

Wartawan yang telah mendaftar dengan perkhidmatan digital itu tahun lalu akan menerima e-mel masing-masing untuk mengaktifkan semula pautan tersebut.

Untuk melanggan perkhidmatan tersebut, sila lawati https://vpo.hajjmedia.sa/

Perkhidmatan ini juga boleh didapati melalui portal media Haji utama di: https://hajj.media.gov.sa/ - Agensi

Artikel Berkaitan: