Penggunaan vaksin Pfizer dipertingkatkan: Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham pada sidang media khas Kementerian Kesihatan berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Dr Noor Hisham pada sidang media khas Kementerian Kesihatan berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech dipertingkatkan di seluruh negara susulan pertambahan bekalan yang tiba di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kerajaan telah membuat perolehan sebanyak 44. 4 juta dos daripada pengeluar vaksin itu untuk kegunaan 22.2 juta penduduk negara ini.

"Bekalan utama vaksin negara adalah Pfizer, jadi kita akan pertingkatkan penggunaan di seluruh pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara," katanya dalam sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai keputusan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) yang menghentikan penggunaan vaksin SinoVac dan digantikan dengan Pfizer pada akhir bulan ini.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bukan sahaja Kelantan, negeri-negeri lain juga akan turut menggunakan vaksin Pfizer.

"Baki 16 juta dos SinoVac yang ditempah akan digunakan untuk dos kedua. Ia mencukupi," katanya.

Artikel Berkaitan: