PKPD beberapa lokaliti di Sabah, Perak mulai Sabtu

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di negeri Sabah dan Perak selama 14 hari bermula Sabtu ini hingga 30 Julai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, PKPD di Sabah akan dijalankan di Kampung Perpaduan Gumpa, Kudat, Perumahan Sabah Forest Industry (SFI), Sipitang, Penjara Tawau dan kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau.

Menurut beliau, lokaliti di Perak pula membabitkan daerah Kerian iaitu Apartment Tropicana Bukit Merah, Kampung Tersusun Pondok Tanjung dan Kampung Binjai.

"SOP bagi semua kawasan yang dikenakan PKPD adalah sama seperti diumumkan sebelum ini dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan penamatan PKPD di beberapa kawasan di tiga negeri bermula Jumaat.

Beliau berkata, di Kuala Lumpur penamatan itu membabitkan, PPR Sri Semarak, PPR Batu Muda, Kampung Padang Balang, Taman Koperasi Polis (Fasa2), Flat Sri Sabah, PPR Kampung Baru Air Panas, PPR Kerinchi, Bandar Baru Sentul dan Taman Ikan Emas yang merupakan antara 14 lokaliti di Kuala Lumpur yang dikenakan PKPD bermula 3 julai hingga 16 Julai.

"Bagi Sabah, kawasan yang ditamatkan PKPD ialah di Kampung Mangga, Nasip Kita, Kampung Kijang, Balung, Tawau, Kampung Lingkodon, Kota Belud, Kampung Pintas Kubu, Beaufort, Kampung Muhibbah, Putatan, Kampung Goshen, Kota Marudu

"Sementara di Pahang pula kawasan yang terlibat ialah Mukim Kuala Kuantan 1, namun bagi Mukim Kuala Kuantan 2 akan tamat bermula 17 Julai," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pelanjutan PKPD turut dikenakan di beberapa kawasan di negeri Perak, Sabah dan Melaka.

"Kawasan yang terlibat ialah di Kilang Latexx Manufacturing Sdn Bhd dan Asrama Pekerja Kilang Latexx (Latexx Village & Ivor Hostel), Taiping, Perak, Taman Mewah, Kelemak, Alor Gajah, Melaka dan Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu, Sabah.

"Kesemua kawasan tersebut akan dilanjutkan pelaksanaan PKPD sehingga 30 Julai," katanya.